Kadang
Sayangku,
Ingatlah…
Hidup ini kadangnya berwarna-warni, kadangnya pula hitam putih dan kelam sepi.
Hidup ini kadangnya penuh dengan pelangi, kadangnya pula dihiasi kilat di langit bumi.
Itulah kehidupan; tidak selalu indah dan penuh dengan kebahagiaan, tetapi turut juga ditimpa badai dan duka yang mampu menghentam jiwa dan raga.
Memang benar kadangnya hati dan jiwa bakal rasa sedikit duka dan lara. Namun ingatlah, perasaan itu tidak akan melukakanmu buat selama-lamanya. Rasa perit itu mengajar kita untuk bersabar. Luka itu mengajar kita mengubati diri meskipun sukar.
Sayang,
Lihatlah dunia ini.
Ini sememangnya tempatmu untuk diuji.
Luka itu bakal menguatkanmu lagi.
Sakit itu bakal menyemangatkanmu lagi.
Tidak mengapa untuk kau berasa lelah, wahai sayangku.
Ketahuilah bahawa kau sedang berjalan ke hadapan.
Penat, sakit, luka itu bakal diubati.
Sedarlah kau yang kau sebenarnya hebat dan kuat.
Ulangi pada dirimu, kau kuat.
Kau kuat.
Dan kau juga hebat.
Jadi… terus melangkah ke hadapan ya sayang?

Comments
Post a Comment