Hingga bila? #6
Hairan dengan diri sendiri. Rasa apakah ini?
Tuhan, berikan aku kesempatan untuk meneruskan kehidupan ini. Berikan aku kekuatan untuk terus mengorak langkah ke hadapan. Hapuskan rasa sakit ini. Buanglah peritnya. Meskipun aku tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku terhadap diriku yang dipinjamkan oleh-Mu ini... aku mohon, jauhilah aku daripada apa-apa kecelakaan. Aku takut dan serik. Berikan aku ruang dan waktu untuk terus berjalan dan melihat ciptaan-Mu di atas bumi ini. Berikan aku masa untuk... membetulkan apa yang rosak, menyembuhkan mana yang luka. Aku mahu melihat kedua-dua insan itu bahagia terlebih dahulu.
Mengapa air mata ini sering menitis? Mengapa perit di dada kadang kuat menghentam dalam? Mengapa duniaku kadang kelihatan gelap lalu hampir mahu runtuh? Mengapa penglihatanku kadang seperti berpinar? Sudah bertahun lamanya rasa ini menghenyak diri.
Tuhan... Semuanya baik-baik saja, bukan?
Aku okey...kan?


Comments
Post a Comment